Monday, August 18, 2008

Hukum Menternak Cacing - Majlis Fatwa Kebangsaan




Apakah hukum menternak cacing?
August 1, 2008
SUMBER: BERITA HARIAN (17/Julai/2008.)
Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis Fatwa



NILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.
“Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan. lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik. “Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.
Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik. Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan. Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.

Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan. Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.

Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini.
“Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi,” katanya.

2 comments:

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

salam, weblog http://vermicastagrotech.blogspot.com/ di masuk kan dalam direktori pertanian - http://pertanianmalaysia.blogspot.com

ForumPertanian - www.gem.socialgo.com

Industri Sarang Burung lyang-layang (Walet/walit) - www.gem.tl.my

于呈均名 said...

與人相處不妨多用眼睛說話,多用嘴巴思考,......................................................................